fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Afiqqahhh di laman Threads.

‘Buka paip dapat budu percuma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila bekalan air di kediamannya di Kelantan bertukar warna seakan-akan budu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi hantaran di laman Threads oleh @Afiqqahhh, dia memuat naik video memaparkan air paip berwarna coklat gelap mengalir ketika mahu digunakan di sinki dapur rumahnya.

“Nak raya dapat air macam ini,” katanya.

Dia turut berkongsi situasi tersebut bukanlah perkara baharu, namun sedikit terkilan kerana ia berlaku menjelang hari perayaan.

“Kita dah biasa. Cuma kecewa sikit sebab dekat nak rayalah jadi macam ini,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan rata-rata mereka meluahkan rasa simpati selain ada yang berseloroh dengan situasi tersebut.

Seorang pengguna, @Nr.baizura meluahkan rasa kasihan dengan nasib yang dilalui wanita tersebut.

“Allahu… time (semasa) raya je ke orang memang selalu keluar air warna macam ini? Macam mana nak buat basuh dan masak,” tulisnya.

Dalam pada itu, ada individu yang tampil menjelaskan bukan semua kawasan mempunyai alternatif sumber air lain.

“Untuk yang tak jumpa air macam ini sebab pakai ‘boring’ tu, tahniah ya sebab kawasan rumah awak boleh buat boring. Tak semua kawasan boleh,” ujar @Adriey.Rosa.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengenai warna paip air tersebut.

“Untung rakyat Kelantan. Buka paip dapat budu percuma,” kata @M.irwansyah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN