fbpx
Amir diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan - Foto oleh AMRAN ALI

Lelaki dijel 9 bulan, mengaku pijak al-Quran pada Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang lelaki dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menghina agama Islam dengan memijak senaskhah al-Quran di bulan Ramadan.

Majistret Dr. Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Amir Abdul Malik, 41, selepas mengambil kira sensitiviti agama dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini lebih-lebih lagi ia berlaku di bulan Ramadan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memuat naik rakaman dirinya memijak al-Quran dengan niat menghina agama Islam pada 28 Februari lalu di sebuah rumah di Jalan Haji Putih, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di sini.

Shu Yee menegaskan perbuatan tertuduh adalah serius kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan penghinaan terhadap mana-mana agama, sama ada Islam atau bukan Islam yang berpotensi membawa kerosakan jauh lebih besar berbanding kecederaan fizikal.

“Lebih membimbangkan apabila dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menggalakkan umat Islam meningkatkan keimanan melalui amalan kebaikan seperti bersedekah, bersabar dan memperbanyakkan ibadah, bukannya bertindak sebaliknya dengan memijak al-Quran,” tegasnya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI