fbpx
.Seorang pengasuh akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi ini. - Foto oleh DANIAL SAAD

Bayi maut di taska: Pengasuh dituduh di mahkamah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

GEORGE TOWN- Salah seorang daripada dua pengasuh yang ditahan reman membabitkan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, 9 Mac lalu akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam, pagi ini.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Kosmo! di sini, semalam.

“Ya, hanya seorang sahaja suspek yang juga pengasuh taska akan dituduh di Mahkamah Bukit Mertajam pada pukul 9 pagi. Pendakwaan ke atas suspek terbabit akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Seorang lagi tertuduh akan dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan punca kematian bayi lelaki, Hayl Haarith Mohd. Syafaeez adalah akibat lemas.

Ini berdasarkan pemeriksaan awal doktor setelah proses bedah siasat dijalankan terhadap mangsa di hospital berkenaan, baru-baru ini.

Terdahulu, media melaporkan tempoh reman terhadap dua pengasuh berusia 22 tahun itu dilanjutkan lagi sehingga 23 Mac ini bagi membantu melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah sambung reman itu dibenarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Pada 9 Mac lalu, Hayl Haarith ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska dalam kawasan HSJ sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sama pukul 4.20 pagi.

Susulan kejadian itu, dua pekerja taska ditahan bagi membantu siasatan dan satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tersebut tular di media sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI