MARANG – Demi memenuhi tempahan pelanggan sempena Aidilfitri, penenun dalam kalangan bekas banduan bertungkus-lumus menyiapkan setiap helai sampin songket dalam masa 32 jam berbanding kebiasaannya 14 hari. Mereka yang bekerja dengan pengusaha songket, Siti Mariam Said, 46, berjaya menyiapkan 16 helai sampin songket ‘ekspres’ mengikut masa ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini. Seorang penenun yang juga bekas bantuan dikenali sebagai Azman, 33, berkata, biarpun ditenun secara segera, kualiti sampin songket sentiasa menjadi keutamaan. “Sepanjang Ramadan ini, kami banyak terima tempahan sampin……














