fbpx
Program Kongsi Manis Bersama MIXUE telah menyantuni Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Melaka.

MIXUE santuni rumah anak yatim, agih air percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MIXUE Malaysia dengan kerjasama Universiti College Agroscience Malaysia (UCAM) telah menyantuni Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Melaka baru-baru ini.

Aktiviti tersebut sempena program ‘Kongsi Manis Bersama MIXUE’ yang menghimpunkan kira-kira 60 peserta, termasuk sukarelawan dan rakan kerjasama dengan meluangkan masa bersama 35 orang anak-anak yatim dari rumah kebajikan tersebut.

Menerusi satu kenyataan MIXUE berkata, pada lawatan itu sebanyak 100 minuman MIXUE, barangan cenderamata serta duit raya telah diagihkan kepada anak-anak tersebut.

Ia sekali gus menceriakan suasana dan mencipta detik kegembiraan sempena bulan Ramadan.

“Program ini turut diserikan dengan sesi interaksi bersama sukarelawan serta majlis berbuka puasa yang mewujudkan suasana mesra dan penuh kegembiraan sambil menyemarakkan semangat keprihatinan dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan,”kata kenyataan itu.

Terdahulu, MIXUE memberitahu, pihaknya juga telah menjadi penaja utama di Bazar Ramadan Alor Gajah, Melaka dari 2 hingga 11 Mac lalu.

“Sebanyak 1,400 minuman percuma telah diagihkan kepada para pengunjung bazar. Inisiatif tersebut dianjurkan di bawah Program MYSaveFood UCAM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

“Ia sebagai usaha menyokong pengurangan pembaziran makanan di samping menyebarkan nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI