ALOR SETAR – Hasrat seorang isteri untuk menemani suaminya membeli songkok dan kelengkapan raya lain tidak kesampaian apabila lelaki itu maut akibat dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak, di sini kelmarin. Menurut Ruzaina Ramli, 51, kejadian berlaku ketika suaminya, Ahmad Farazi Kasim, 51, dalam perjalanan untuk menjemputnya di tempat kerja di pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang terletak kurang satu kilometer dari lokasi kejadian. Katanya, dia dan suami merancang untuk membeli keperluan raya itu pada waktu rehat, namun……














