fbpx
Pengguna jalan raya membantu memadam kebakaran kereta Honda Civic menggunakan alat pemadam api di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Kampung Buluh, Setiu hari ini.

Dua maut kemalangan babit Honda Civic, treler, Proton Saga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Dua lelaki maut selepas kereta Honda Civic dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan turut melibatkan sebuah treler dan kereta Proton Saga di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Buluh di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 11.42 pagi itu mencederakan pemandu treler dan dua mangsa lain yang menaiki kereta Proton Saga.

Nahas tersebut juga menyebabkan kereta Honda Civic terbabit terbakar sebelum dipadamkan pengguna jalan raya yang menyaksikan nahas tersebut menggunakan alat pemadam api.

Pasukan bomba yang tiba tidak lama kemudian seterusnya mengeluarkan dua lelaki yang tersepit di dalam kereta Honda Civic berkenaan yang remuk teruk itu menggunakan peralatan khas.

Pemeriksaan pegawai kesihatan mengesahkan dua mangsa terbabit telah meninggal dunia.

Setakat ini, identiti dua mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu masih belum dikenalpasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI