fbpx
Mayat Mohd. Nor yang ditemui lemas di muara Sungai Kampung Nail, Besut semalam.

Maut jatuh Jeti Kampung Nail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang nelayan maut akibat lemas dipercayai akibat terjauh ke dalam air di muara Sungai Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Mayat Mohd. Nor Jaafar, 68, ditemui terapung di muara sungai berkenaan pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superindan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada di jeti nelayan tersebut bersama beberapa rakannya.

“Dia kemudian dikatakan turun bersendiri di tempat menambat bot sebelum tergelincir lalu terjatuh ke dalam muara sungai.

“Rakan-rakannya cuba menyelamatkan namun sebaik di bawa naik ke tebing sungai, mangsa didapati sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Rozaime berkata, mayat Mohd. Nor kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mengesahkan kematian lelaki tersebut akibat lemas.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Orang ramai disaran berhati-hati sewaktu di kawasan jeti, sungai dan laut terutama pada waktu malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI