fbpx
Anggota bomba ketika mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Kepala Batas, hari ini.

Warga emas maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas maut selepas kereta yang dia pandu diercayai hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 120.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, Kepala Batas di sini, hari ini.

Mangsa, Abd Manaf Ismail, 70, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk bahagian pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.14 tengah hari tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas.

“Insiden terbabit melibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang terbabas. Terdapat seorang manga iaitu pemandu yang tersepit di ruang hadapan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 12.35. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi,” katanya di sini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.57 tengah hari tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI