fbpx
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memeriksa individu yang ditahan dalam operasi di Persimpangan Lebuh Turi, Persiaran Raja Muda Musa, Klang.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Baru pulang bazar raya, hanya singgah ‘port’ rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – “Saya baru pulang dari bazar Raya, hanya singgah tengok aksi mat rempit”.

Itu alasan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang antara 180 individu ditahan dalam Ops Samseng Jalan di Persimpangan Lebuh Turi di Persiaran Raja Muda Musa di sini, hari ini.

Menurut pelajar Tingkatan Tiga itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di sekitar daerah ini kira-kira pukul 4 pagi selepas mengunjungi bazar Aidilfitri di Jalan Taping bersama seorang rakannya berusia 17 tahun.

“Saya dan rakannya pergi ke bazar raya terlebih dahulu. Masa nak balik, kami lalu kawasan ini dan singgah sekejap dan tidak sangka pula ditahan,” katanya ketika ditemui di lokasi itu.

Remaja itu mengakui pernah datang ke lokasi berkenaan sebelum ini, namun tidak memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.

“Ini kali pertama saya ditahan dan amat menyesalinya. Saya tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan ibu dan ayah,” katanya.

Lokasi itu menjadi tumpuan baharu ‘mat rempit’ berkumpul dan melakukan aksi berbahaya selain berlumba haram pada hujung minggu.

Sepanjang operasi bersepadu selama tiga jam bermula pukul 2 pagi itu menahan 150 buah motosikal dan 180 individu berusia 15 tahun hingga 30an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI