fbpx
TANGKAP layar klip video penunggang motosikal bergaduh menggunakan topi keledar yang dipercayai berlaku di Tangga Batu, Melaka.

Lembik lepas kepala dihentak topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tular beberapa klip video di media sosial memaparkan lebih 20 penunggang motosikal terlibat dalam pergaduhan di tepi jalan dengan menggunakan topi keledar sebagai senjata.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan Paya Luboh, Tangga Batu dekat sini.

Dalam salah satu klip berdurasi 1 minit 21 saat, beberapa individu lelaki turut dilihat terbaring di atas jalan selepas dipukul beberapa kali menggunakan topi keledar oleh kumpulan terbabit.

Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut, namun difahamkan kes sedang disiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri.

Berita lanjut menyusul..

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI