fbpx

Natif-AI, Melangkaui Konsep: openKylin Bentang Visinya di FOSSASIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING, 14 Mac 2026 /PRNewswire/ — Pada Sidang Kemuncak FOSSASIA 2026 yang berlangsung baru-baru ini di Bangkok, Thailand, pembangun dan komuniti sumber terbuka dari seluruh Asia serta pelbagai negara lain berkumpul untuk berkongsi kemajuan terkini dalam teknologi terbuka. Komuniti sistem pengendalian sumber terbuka China, openKylin, turut mengambil bahagian melalui beberapa sesi perbincangan teknikal dan reruai interaktif, mengetengahkan usaha terkini dalam mengintegrasikan kecerdasan buatan ke dalam seni bina sistem pengendalian.


Seni Bina Natif-AI: Mentakrifkan Semula Keupayaan Teras Sistem Pengendalian 

Seiring kematangan model bahasa besar dan AI multimod, sistem pengendalian berkembang daripada platform pengurusan sumber pasif kepada sistem pintar yang mampu memahami serta membantu pengguna. openKylin 2.0 sedang meneroka perubahan ini melalui pendekatan AI tindanan penuh yang menyasarkan untuk membangunkan sistem pengendalian natif-AI untuk era pengkomputeran pintar.


Semasa sidang kemuncak tersebut, pasukan teknikal openKylin memperkenalkan seni bina subsistem AI natif-Linux yang sedang dibangunkan. Reka bentuknya menjadikan AI sebagai keupayaan asas sistem pengendalian dan bukannya tambahan pada lapisan aplikasi, sekali gus membolehkan perkhidmatan pintar disatukan untuk aplikasi dan juga komponen sistem.

Reka Bentuk Terpisah Tiga Lapisan bagi Memudahkan Pembangunan AI 

Bagi menangani cabaran seperti platform perkakasan yang pelbagai, rangka kerja model berpecah-pecah serta proses integrasi yang kompleks, openKylin mencadangkan seni bina tiga lapisan yang terdiri daripada Unified Inference Framework (Rangka Kerja Inferens Terpadu), AI Runtime Layer (Lapisan Masa Jalan AI) dan AI SDK Layer (Lapisan SDK AI). Struktur ini memisahkan model daripada perkakasan serta aplikasi daripada model, membolehkan pembangun membangunkan aplikasi AI tanpa perlu mengurus kerumitan infrastruktur yang mendasari.

Kolaborasi Peranti–Awan dengan Perlindungan Privasi Terbina-dalam 

Subsistem ini turut menyokong inferens peranti–awan hibrid. Melalui modul AI Engine, tugasan boleh dijalankan secara dinamik sama ada secara setempat atau di awan bergantung kepada sumber pengkomputeran, keadaan rangkaian serta keperluan privasi — menjamin prestasi dan juga perlindungan data.

Daripada "AI on OS" kepada "AI for OS"

Memandang ke hadapan, openKylin menggalakkan peralihan daripada "AI on OS" ("AI pada OS") kepada "AI for OS" ("AI untuk OS") yang mengusahakan integrasi lebih mendalam antara AI dan sistem pengendalian sambil meneroka teknologi seperti kolaborasi berbilang ejen, model sisi-peranti ringan serta antara muka AI peringkat sistem.

Melalui perbincangan, demonstrasi dan interaksi reruai di FOSSASIA, openKylin menunjukkan cita-citanya untuk menyumbang kepada evolusi global sistem pengendalian sumber terbuka natif-AI. Maklumat lanjut mengenai pengedaran ini boleh ditemui di DistroWatch.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4909596_MS09596_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI