fbpx
LIVERPOOL perlu melupakan kekalahan pada aksi Eropah menentang Galatasaray demi memburu kemenangan ke atas Spurs bagi mengelak terus tercicir mata. - AFP

EPL: Liverpool harapkan aura Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot menyeru barisan pemain untuk membuktikan keupayaan sebenar dalam misi kembali berada di landasan kemenangan pada aksi menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, awal pagi esok.

Menurut Slot, harapan tinggi sentiasa diletakkan kepada barisan pemain The Reds untuk mencurahkan sepenuh jiwa setiap kali beraksi di laman sendiri tidak kira ketika berada di puncak liga atau di kedudukan semasa.

Kata Slot, aura luar biasa di Anfield menjadi punca utama mengapa penyokong sentiasa menjangkakan keputusan positif dan situasi sama diharapkan pada aksi bertemu Spurs nanti.

“Tidak kira siapa lawan kami, sama ada Spurs, Manchester City, Arsenal atau mana-mana pasukan lain, jangkaan untuk Liverpool menang di laman sendiri sentiasa tinggi.

“Perkara itu datang daripada sejarah kelab ini yang sudah memenangi begitu banyak perlawanan, terutamanya di Anfield. Saya mahu pasukan kembali meraih keputusan positif untuk terus mendaki kedudukan carta liga,” katanya.

Mengulas lanjut, Slot mengakui pasukan agak tertekan selepas bergelut apabila hanya menduduki tangga keenam ketika saingan EPL hanya berbaki sembilan perlawanan.

“Saya percaya kita perlu letakkan sasaran yang tinggi pada baki perlawanan musim ini walaupun tidak lagi mampu pertahankan kejuaraan liga, saya harap kita dapat menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) dan Piala FA,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN