fbpx
Nur Dinie

Tekanan kerja punca gadis hilang, tinggal di hotel sejak Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Tekanan kerja dipercayai punca seorang gadis berusia 25 tahun hilang sejak Isnin lalu sebelum dijumpai semula dalam keadaan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, Nur Dinie Sani Hasrul Sani dijumpai pada pukul 11 pagi di sekitar daerah ini dan siasatan mendapati dia menginap di hotel di Negeri Sembilan sepanjang tempoh tersebut.

“Wanita itu ditemui dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan. Siasatan awal mendapati tekanan kerja antara faktor yang mendorong dia menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat sehingga wanita tersebut berjaya dikesan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai masalah tekanan atau memerlukan bantuan kaunseling dinasihatkan supaya menghubungi talian Talian Kasih 15999 bagi mendapatkan nasihat serta bantuan pakar.

Semalam, Kosmo! melaporkan Nur Dinie dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di sebuah apartmen di Taman Sepakat pada Isnin lalu.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan gadis itu pada pukul 12.16 tengah hari. Kali terakhir Nur Dinie dilihat di Apartment Sri Cempaka kira-kira pukul 6.30 pagi hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN