fbpx
Aedly Fadly menyerahkan 'goodies' kepada orang ramai di Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam. FOTO:AFIQ RAZALI

Saman AWAS boleh bayar guna MyJPJ mulai 18 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pesalah jalan raya yang disenarai hitam kini boleh menjelaskan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) melalui aplikasi MyJPJ bermula 18 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, inisiatif itu memudahkan pengguna jalan raya menyelesaikan saman sekali gus membolehkan mereka memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

Menurut beliau, pembayaran yang berjaya akan menyahaktifkan status senarai hitam secara automatik dalam sistem JPJ.

“Jadi, pengguna yang dikenakan saman AWAS boleh memanfaatkan kemudahan ini dengan membuat bayaran terus melalui aplikasi MyJPJ.

“Bagaimanapun, tiada potongan diberikan terhadap saman lama kecuali saman AWAS yang diterima tahun ini yang ditawarkan potongan secara berperingkat antara RM150, RM200 dan RM300 mengikut tempoh bayaran dibuat,” katanya pada sidang akhbar program Ihya Ramadan Akrab JPJ dan Komuniti di Terminal Bas Seksyen 17 di sini, malam ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah saman AWAS yang terkumpul setakat ini.

Aedy Fadly menjelaskan, pembayaran melalui MyJPJ itu tidak melibatkan saman Notis Temu Siasat (114) serta saman yang tidak boleh dikompaun kerana kes tersebut perlu diselesaikan di mahkamah.

Menurutnya, Notis Temu Siasat memerlukan pesalah jalan raya hadir ke JPJ bagi melengkapkan siasatan terhadap kesalahan lalu lintas yang dilakukan.

“Jika mereka tidak hadir, status akan disenarai hitamkan dan mereka tetap perlu datang ke JPJ untuk menyelesaikannya,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai disaran menyemak aplikasi MyJPJ bagi mengetahui status saman yang dikenakan terhadap mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI