fbpx
Gambar hiasan.

Zahirah Macwilson, Sedania meterai kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon terkenal dan ikon ibu muda, Zahirah Macwilson secara rasmi memeteraikan kerjasama strategik selama lima tahun bersama SEDANIA Innovator Bhd (Sedania) semalam.

Pengarah Urusan dan Pengasas Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, langkah strategik yang bernilai tujuh angka ini bakal terus memperkukuh dan mempertingkat komitmen mendalam Offspring dan Tanamera dalam memperbaiki kelestarian kehidupan.

“Kerjasama kami dan Zahirah dibina atas kepercayaan yang kukuh. Kami tidak mencari sekadar jurucakap tetapi kami mencari seorang rakan kongsi yang benar-benar menghayati nilai yang kami memperjuangkan.

“Latar belakang Zahirah serta perjalanan beliau sebagai seorang ibu mencerminkan aspirasi global jenama kami,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Azrin mempercayai bahawa melalui kerjasama ini, mereka mampu menerajui industri ke arah masa depan yang lebih autentik dan lestari.

Perjanjian ini mencerminkan komitmen bersama mereka dalam menyokong keluarga moden dengan produk yang boleh dipercayai sepenuhnya.

Selain itu, Zahirah dalam kenyataan menegaskan bahawa menjaga diri dan alam sekitar adalah lanjutan semula jadi daripada menjaga keluarga.

“Hubungan saya dengan Offspring dan Tanamera bukan sekadar komersial, ia adalah lanjutan semula jadi daripada cara saya menjalani kehidupan. Jenama ini telah menjadi sebahagian daripada rutin harian saya sejak sekian lama.

“Menjadi rakan kongsi selama lima tahun akan datang memberi peluang untuk benar-benar berkembang serta memperjuangkan masa depan yang lebih bersih dan baik untuk anak anak,” kata Zahirah.

Sedania terus memperluaskan jenama lestarinya ke peringkat global, sinergi antara advokasi Zahirah dan ekosistem produk kumpulan kekal menjadi pemacu utama dalam memperkukuhkan kepimpinan pasaran menjelang tahun 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI