fbpx
Sohaimi Mior kini hanya memenuhi tawaran persembahan pentas membabitkan majlis tertutup disebabkan mahu memberi komitmen penuh terhadap keluarga.

‘Hidup hantar cucu ke sekolah, saya sendiri pilih bersara awal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belum bersara, sebaliknya penyanyi dan komposer, Sohaimi Mior Hassan memilih memperlahankan rentak di arena muzik bagi membantu isteri menguruskan empat cucu mereka.

Sohaimi, 69, berkata sejak tahun 2012 dia hanya memenuhi tawaran persembahan pentas membabitkan majlis tertutup disebabkan mahu memberi komitmen penuh terhadap keluarga.

“Aktiviti yang besar saya sekarang adalah menghantar dan mengambil cucu ke sekolah. Anak-anak semua sudah berkahwin dan saya mempunyai empat orang cucu perempuan.

“Pada 2012, saya rasa nak berehat (dari industri) dan sampai sekarang saya tak buat apa-apa, jaga cucu sahaja. Tawaran menyanyi ada tetapi saya selektif.

“Saya masih penuhi permintaan menghiburkan peminat muzik pada majlis makan malam contohnya reunion alumni MRSM minggu depan,” katanya ketika di temui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya Aidilfitri anjuran Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), baru-baru ini.

Ditanya sama ada perkara tersebut dilakukan kerana merajuk dengan industri muzik, penyanyi yang popular dengan lagu Epilog Cinta Dari Bromley itu menolak andaian berkenaan.

Katanya, memang sejak menceburi bidang nyanyian sekitar 1980-an dia memilih untuk menjalani kehidupan bersederhana.

“Bukanlah merajuk . Sebab dari dulu, saya memang ‘low profile’ ditambah ketika buat album pertama pada 1980-an iaitu waktu Prolog dan Dedikasi diterbitkan saya masih bekerja.

“Kemudian kerajaan hantar saya bertugas di luar negara dalam bidang kejuruteraan tapi, saya pencen awal pada 1989 pada umur saya ketika itu antara 32 atau 33 tahun.

“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak perempuan saya sudah berkeluarga dan kini saya punya empat cucu, juga semuanya perempuan.

“Tidak mengapalah jaga cucu. Bisnes syarikat kejuruteraan saya pun dah ditutup selepas saya pilih bersara kerana anak-anak enggan sambung legasi,” ujarnya.

Menurut bekas tentera laut itu, lagu Kalau Berpacaran ciptaan serta nyanyiannya bersama Ana Rafalli dan Altimet merupakan karya terakhir yang dihasilkan untuk album pada 2011.

“Lagu Kalau Berpacaran dimuatkan dalam album terakhir saya, Kalau Berpacaran…The Album pada 2011. Masa buat lagu itu saya dalam perjalanan pulang dari Johor ke Shah Alam dan diundang menyertai perhimpunan pencipta lagu muda di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Saya diminta singgah bagi membantu melatih dua komposer baru. Masa itu, saya pun dah lama tak berkarya tetapi cuba juga dalam kereta. Era itu jualan ‘ringtone’ (nada dering) laku.

“Jadi, saya buatlah lagu yang sesuai untuk nada dering dengan melodi yang ‘catchy’. Bila rakam dengan Ana Rafalli dan Altimet tak sangka pula mendapat sambutan’,” katanya.

Tahun berikutnya Kalau Berpacaran melayakkan trio terbabit melangkah sebagai finalis di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) pada 2012. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI