fbpx
Shiha Zikir terkesan apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menerima berbakul-bakul kecaman netizen hanya kerana meluahkan rasa suka terhadap lagu yang baru dilancarkan miliknya, Minta Ampun.

‘Kak Ani seorang legenda, dia tak komen libat orang lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Shiha Zikir mengakui terkesan apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menerima berbakul-bakul kecaman netizen hanya kerana meluahkan rasa suka terhadap lagu yang baru dilancarkan miliknya, Minta Ampun.

Bagi Shiha atau nama lengkapnya Nurshiha Mohd. Zikir, 39, tindakan Noraniza atau mesra disapa Kak Ani langsung tidak mencetuskan sebarang kesalahan yang mewajarkan dirinya dihukum dengan kata-kata nista.

“Saya sedih apabila Noraniza Idris terima kecaman seperti itu. Pada saya, macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen begitu?

“Saya sangat neutral, saya rasa dia tidak buat salah. Dia tak komen terlalu kasar yang ditujukan atau libatkan orang lain.

“Bagi saya, dia (Noraniza) adalah seorang legenda. Jujur saya sangat sedih dan bergenang air mata saya,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media pelancaran lagu rayanya berjudul Memori Raya, semalam.

Dalam masa sama, pelantun lagu Irama itu terkejut dengan tindakan peminat yang bersikap terlalu obses sehingga hilang pertimbangan dan adab dalam berbicara.

“Terkejut dengan segelintir peminat. Saya faham ada penyokong yang obses tapi kena ada batasnya.

“Sebelum buat apa-apa kena fikir dahulu,” ujarnya.

Sebagai selebriti, Shiha sentiasa mengambil pendekatan dengan menasihati penyokongnya agar tidak terlibat dalam budaya mengecam penyanyi lain.

“Saya memang selalu pesan kepada peminat untuk tidak komen toksik kepada penyanyi lain.

“Memang saya akan beritahu mereka, itu tidak baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Kak Ani menyatakan lagu raya kegemarannya pada tahun ini adalah milik Shiha yang berjudul Minta Ampun kerana mempunyai kekuatan elemen kemelayuan serta alunan yang menyentuh perasaan.

Bagaimanapun, sebahagian netizen bagaikan tidak boleh menerima hakikat tersebut dengan mengatakan Minta Ampun bukan lagu raya dan itu adalah single tradisional lazim datang dari katalog muzik Shiha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI