fbpx
Gambar hiasan.

Keputusan penjawat awam bekerja dari rumah Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) untuk meneliti cadangan bekerja dari rumah untuk sektor awam bagi memastikan beberapa perkara dapat diselaraskan terlebih dahulu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, susulan itu, hasil perbincangan itu akan dibincangkan dan diputuskan pada mesyuarat Kabinet yang dijadualkan Selasa depan.

“Beberapa ikhtiar sedang diteliti. Perdana Menteri telah meminta Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meneliti cadangan bekerja dari rumah
untuk memastikan beberapa perkara terselaras.

“Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat pada Selasa depan,” katanya pada sidang akhbar khas di Kementerian Komunikasi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN