fbpx
SUSPEK kejadian tikam seorang lelaki di Kampung Sungai Udang diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini selepas dijatuhi perintah reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.-Foto AMRAN ALI/KOSMO!

Syak telefon dijual untuk beli dadah punca tikam rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tragedi seorang pemuda yang mati ditikam rakannya menggunakan parang di hadapan rumah di Kampung Sungai Udang di sini, malam tadi dipercayai berlaku kerana suspek mengesyaki telefon bimbit miliknya telah dijual mangsa untuk membeli dadah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek berusia 44 tahun bertindak menyerang mangsa kira-kira pukul 8.30 malam selepas pemuda itu dikatakan enggan memulangkan telefon bimbit dipinjamkannya.

“Keadaan itu menyebabkan suspek mengesyaki mangsa telah menjual telefon bimbit miliknya bagi mendapatkan bekalan dadah.

“Kedua-dua mereka kemudian telah bertengkar sebelum suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan sebilah parang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini turut membenarkan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Sekten 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin bermula hari ini hingga 18 Mac depan,” katanya.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren dan bergari tangan tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.05 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI