fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki 52 tahun maut terjun bangunan ketika serbuan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki cuba meloloskan diri ketika serbuan polis berakhir tragedi apabila salah seorang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman di Jalan Gombak di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.07 malam itu, suspek yang maut berusia 52 tahun, manakala seorang lagi terselamat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketika kejadian, pihak polis sedang menyerbu kediaman tersebut bagi membantu siasatan kes curi motosikal, namun dua lelaki cuba melarikan diri dengan bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan berkenaan.

“Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun, manakala seorang lagi selamat. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, dalam serbuan itu juga, pihak polis telah menahan 12 individu termasuk dua warga Indonesia yang terdiri daripada empat lelaki, lima wanita serta tiga kanak-kanak.

“Kesemua mereka berusia lingkungan 3 hingga 42 tahun. Polis turut merampas dua buah motosikal yang merupakan kenderaan curi dan rampasan beberapa jenis dadah di kediaman tersebut,” katanya sambil memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.- KOSM0! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI