fbpx
Sharifah Rose

Tak bermaksud anda boleh bercakap buruk tentang jalan saya – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selebriti media sosial (instafamous) yang kini mengorak langkah sebagai pelakon, Sharifah Rose memuat naik satu ciapan dikatakan ditujukan untuk Izara Aishah yang lantang memberi komen tentang ‘budaya’ golongan tersebut mudah diangkat sebagai pelakon.

Just because our journey are different, doesn’t mean you can invalidate mine (hanya sebab perjalanan kita berbeza, tidak bermakna anda boleh bercakap buruk tentang perjalanan saya),” ciap Sharifah Rose tanpa sebarang mensi dalam tweet berkenaan.

Bagaimanapun, Izara atau nama lengkapnya, Izara Aishah Hisham, 29, bertindak membalas ciapan berkenaan walaupun Rose tidak menyebut sebarang nama.

Hi Rose, Is this tweet for me? Just saw this (Hai Rose, adakah ciapan ini untuk saya? Saya baru nampak ini,” katanya menerusi Twitter.

Rose pada 17 Mac turut hadir dengan ciapan sinikal berbunyi: “ If people talk about you means you’re doing good. Keep shining (Kalau orang bercakap tentang dirimu bermakna, anda sedang melakukan sesuatu yang bagus. Teruskan bersinar,” ciapnya.

Rose memuat naik satu ciapan seperti mempertahankan dirinya namun tidak menyebut mana-mana nama.

Semalam, Kosmo! melaporkan kelantangan Izara Aishah mempersoalkan mengapa semakin ramai instafamous diambil menjadi pelakon.

“Ramai instafamous sudah jadi pelakon. Adakah stesen televisyen tiada bajet atau kerana pandemik Covid-19?,” soal pelakon yang pernah sekali tercalon Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke–29 itu.

Isteri kepada anak tiri penyanyi nombor satu tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid itu turut menjelaskan dia tidak cemburu dengan rezeki orang lain, sebaliknya, dia prihatin kalau ada yang tidak mengangap berlakon sebagai kerjaya yang serius.

“I’m not “bitter” of anyone’s rezeki (saya tak persoalkan rezeki sesiapa) astaghfirullahaladzim.

But I am being bitter of those who’s not serious working on set, yang worry about their beauty too much rather than studying their characters more. (Tapi saya persoalkan mereka yang tidak serius bekerja di set penggambaran, yang kisahkan tentang kecantikan daripada kaji lebih karakter lakonan,” ciapnya.

Tangkap layar Izara Aishah menjelaskan dia tidak cemburu dengan rezeki Instafamous.

Untuk rekod, Rose sebelum ini pernah bercinta dengan Aazief Khalid yang merupakan anak tiri Siti Nurhaliza namun telah berpisah sejak September tahun lalu.

Terdahulu, beberapa orang selebriti tanah air seperti Amerul Affendi dan Zahiril Adzim turut menyuarakan isu tentang pihak stesen televisyen tempatan menitikberatkan jumlah pengikut Instagram berbanding kualiti lakonan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI