fbpx
Sebahagian daripada suspek yang dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Klang.

Kilang kitar semula haram digempur, tahan 25 warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kegiatan haram sebuah kilang kitar semula yang beroperasi tanpa lesen sah sejak enam bulan lalu akhirnya terbongkar dalam serbuan di Jalan Bestari, Kapar, Klang, dekat sini semalam.

Serbuan pukul 3.15 petang itu turut menahan seramai 25 warga asing berusia 24 hingga 63 tahun termasuk pemilik premis dan pekerja yang tidak mempunyai permit kerja sah serta gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti kitar semula barangan plastik.

Katanya, semakan lanjut menunjukkan kilang itu dipercayai telah beroperasi kira-kira enam bulan tanpa permit daripada pihak berkuasa tempatan.

“Turut dirampas satu unit dekoder rakaman televisyen litar tertutup, dua mesin perakam waktu bersama papan kad perakam waktu serta dua unit kawalan jauh pintu pagar utama premis tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi itu dilaksanakan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad.

Jelas Shazeli, kes disiasat dibawah Seksyen 6 Akta Perniagaan Sekenhend 1946, Seksyen 55B, Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Tindakan tegas melalui operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras premis haram serta isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, kesemua 25 suspek kini direman empat hari selepas perintah dikeluarkan Majistret Nor Azilah Mat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI