fbpx
Gambar hiasan.

PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat melibatkan 11 pegawai kanan pasukan.

Setiausaha Polis Malaysia, Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran berkenaan membabitkan pegawai kanan daripada pelbagai jabatan termasuk di Bukit Aman dan kontinjen negeri.

Menurut beliau, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohd Faisal Yahya yang sebelum ini Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Selain itu, SAC Abd Rahman Atan, yang sebelum ini Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan) di Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, juga dengan memangku pangkat DCP.

“Turut terlibat ialah SAC Mohamed Roslan Ahmed Junaidi, yang sebelum ini Penolong Pengarah E7A Cawangan Khas Bukit Aman, kini dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris yang sebelum ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Johor dengan memangku pangkat SAC.

“Sementara itu, ACP Mohamad Lazim Ismail, yang sebelum ini Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, juga dengan memangku pangkat SAC,” ujarnya.

Abdul Rahman berkata, beberapa pegawai lain turut terlibat dalam pertukaran termasuk ACP Che Haniza Che Senapi, ACP Annas Sulaiman, Superintendan Azari Miskon serta beberapa pegawai kanan lain bagi mengisi jawatan strategik di peringkat jabatan dan kontinjen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN