AMPANG JAYA – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki memiliki rokok seludup dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Pandan, Pandan Indah, di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, tangkapan kira-kira pukul 10.20 malam itu dilaksanakan susulan maklumat awam.
“Hasil serbuan berjaya menahan dua lelaki warga Indonesia dan merampas sejumlah rokok tidak bercukai pelbagai jenama.
“Kedua-dua suspek telah direman selama empat hari sehingga esok,” kafanga dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak polis turut merampas kesemua rokok terbabit yang dianggarkan bernilai RM500 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE














