fbpx

Asas perniagaan Elridge Energy  kekal kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Elridge Energy Holdings Berhad (Elridge Energy) menegaskan asas perniagaan syarikat, strategi pertumbuhan jangka panjang dan momentum operasinya kekal kukuh walaupun berlaku turun naik harga saham baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Oliver Yeo berkata, operasi dan pelan pengembangan strategik syarikat terus berjalan seperti yang dijadualkan dan semakan dalaman menunjukkan pergerakan pasaran terkini tidak berkait dengan sebarang perkembangan yang belum didedahkan.

“Berdasarkan semakan kami terhadap analisis Rekod Pendeposit, sebahagian daripada pergerakan harga saham baru-baru ini mungkin disebabkan oleh aliran keluar dana asing.

“Turun naik harga saham boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk aktiviti pengambilan keuntungan selepas kenaikan harga sebelum ini, sentimen pasaran yang lebih luas, serta aktiviti dagangan teknikal biasa.

“Tiada sebarang perubahan terhadap prospek operasi, strategi atau asas perniagaan syarikat. Bagi Elridge Energy, operasi perniagaan berjalan seperti biasa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Saham Elridge Energy telah merosot daripada RM1.43 pada pembukaan 4 Mac lalu, kepada 82 sen kelmarin.

Dalam masa sama, Yeo menambah, syarikat terus mencatat kemajuan dalam memperluaskan jejak tenaga boleh diperbaharui di rantau ini termasuk pembukaan kemudahan pemprosesan biojisim baharu di Pahang.

Jelas beliau, syarikat juga sedang membuat persiapan untuk membuka satu lagi kemudahan di Johor dalam masa terdekat, yang akan meningkatkan lagi kapasiti operasi serta mengukuhkan strategi jangka panjangnya untuk membina ekosistem biojisim serantau yang kukuh.

“Perkembangan ini menunjukkan bahawa strategi pertumbuhan kami terus bergerak ke hadapan seperti yang dirancang. Kami secara berperingkat membangunkan infrastruktur dan kerjasama yang diperlukan bagi menyokong peralihan rantau ini ke arah tenaga yang lebih mampan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI