fbpx
Keadaan kereta mangsa yang terjunam ke dalam sungai di Pekan Batu Kikir, Jempol pagi tadi.

Calon Pas PRU12 maut kereta masuk sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) bagi Parlimen Jempol maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Pekan Batu Kikir, di sini, pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Siti Mariam Naam, 84, dalam perjalanan pulang ke rumah dengan memandu kereta Perodua Myvi selepas selesai membeli barang di sebuah kedai penternakan haiwan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, setiba di lokasi kejadian di selekoh, pemandu kereta itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sehingga jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Justeru, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd. Amirul Syafiq Mohd. Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

Untuk rekod, Siti Mariam yang juga aktivis Pas merupakan antara 13 muslimat yang bertanding di seluruh negara dalam PRU pada 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN