KUALA LUMPUR – Kawasan sekitar Jalan Chow Kit terutama di Lorong Haji Taib berubah menjadi ‘lubuk rezeki’ setiap kali bulan Ramadan. Pelbagai pihak yang mahu berkongsi rezeki dengan golongan asnaf dan gelandangan akan menghantar makanan ke sana setiap hari. Tinjauan Kosmo! selama dua hari bermula pukul 7 malam hingga 2 pagi mendapati, kenderaan persendirian, wakil hotel dan peniaga bersilih ganti mengagihkan juadah berbuka. Namun, di sebalik limpahan makanan di Chow Kit, lokasi gelandangan lain di ibu kota, sunyi tanpa bantuan……














