fbpx
Tan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 baru-baru ini. - X

‘Vampire Asia’ cecah usia 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki Singapura menjadi perhatian orang ramai kerana mempunyai wajah dan susuk tubuh seperti lelaki muda meskipun sudah berusia 60 tahun, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Chuando Tan digelar ‘vampire Asia’ kerana wajahnya yang sentiasa muda meskipun sudah memasuki kumpulan usia warga emas.

Jurugambar dan model itu mula mencuri perhatian ramai pada 2017 apabila gambarnya yang ketika itu berusia 50 tahun tular di media sosial.

Tan yang kini berusia 60 tahun berkata, dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik atau menggunakan kosmetik bagi mendapatkan wajah yang muda, sebaliknya hanya mengamalkan aktiviti senaman.

“Hari ini, pada hari lahir saya yang ke-60, saya diingatkan bahawa masa adalah satu-satunya kekayaan sebenar. Setiap matahari terbit tiba sebagai warisan, bukan jaminan,” tulis Tan dalam catatan di platform Instagram.

Walaupun reputasinya sebagai seorang lelaki awet muda dalam kehidupan sebenar, Tan mendedahkan bahawa dia merasakan tekanan kerana sedar usianya sudah semakin tua. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN