fbpx
Pelakon wanita dan suami direman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Pelakon wanita dan suami direman kes tipu jual lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon wanita dan suaminya yang ditahan semula oleh polis, direman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pasangan itu masing-masing direman bermula hari ini.

“Suspek lelaki direman tiga hari sehingga Rabu ini, manakala wanita itu direman sehari untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pasangan terbabit ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan berkaitan penjualan lembu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kedua-duanya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI