PERTUNJUKAN fesyen yang berlangsung hari itu lain daripada kebiasaan. Setiap model di pentas peragaan itu melangkah ‘catwalk’ bukan sahaja dengan busana cantik bahkan mengenakan koleksi barangan kemas penuh yakin di atas pentas peragaan. Itulah yang dapat dilihat dalam pameran bertajuk Aurelian. Sebenarnya, model-model berkenaan memperagakan koleksi barangan kemas yang dihasilkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Teknologi Barang Kemas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Pameran berlangsung di The Grey Box GMBB, Kuala Lumpur itu memberi fokus kepada……














