fbpx
Antara suspek yang ditahan. IHSAN POLIS

Lapan ditahan bergaduh di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAWAU – Polis menahan lapan lelaki yang disyaki terlibat pergaduhan sehingga mencetuskan kekecohan di kawasan bazar Ramadan Sabindo Plaza, Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian tersebut dikesan menerusi video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh dipercayai menggunakan objek menyerupai senjata.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menjalankan operasi dan berjaya menahan lima lelaki kira-kira pukul 9 malam di tepi Jalan Taman Kuhara Jaya, Tawau.

“Polis turut merampas seutas rantai motosikal yang telah diubah suai dan dipercayai digunakan semasa kejadian pergaduhan berkenaan,” katanya hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara dua kumpulan lelaki sebelum tercetus pergaduhan sehingga mengganggu ketenteraman orang awam di kawasan bazar berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis kemudian berjaya menahan tiga lagi lelaki kira-kira pukul 9.30 malam, hari yang sama di hadapan sebuah premis di Kampung Batu 2, Jalan Apas.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada warga tempatan dan seorang warga asing berusia antara 17 hingga 34 tahun,

“Hasil semakan awal mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN