fbpx
Tiket bas yang dikongsi individu terbabit.

Harga tiket bas balik Kelantan RM120?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang individu terkejut apabila tiket untuk pulang ke kampung di Pantai Timur melonjak dua kali ganda sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Menerusi perkongsiannya kepada Kosmo!, individu itu berkata, kebiasaannya tiket sehala untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan adalah sekitar RM45.

Dia yang menetap di Kajang berkata, bagaimanapun harga tersebut telah meningkat sehingga RM120 bagi perjalanan pada Jumaat, 20 Mac ini.

“Kalau bukan musim perayaan harga tiket sekitar RM45 sahaja. Terkejut juga bila tiket nak balik raya naik sampai RM120,”katanya kepada Kosmo!

Menurut individu itu, dia terpaksa membeli tiket berkenaan walaupun harganya agak mahal supaya dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

“Mahal pun terpaksa belilah sebab tiada pilihan, nak naik filght (kapal terbang) lagi mahal pada hari tersebut iaitu sekitar RM1,200 ke atas,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN