fbpx
Sultan Ibrahim meneruskan tradisi menandatangani kad ucapan Aidilfitri.

Agong teruskan tradisi tandatangan kad ucapan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim meneruskan tradisi menandatangani kad ucapan Aidilfitri yang dilakukan saban tahun.

Menurut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ia sebagai tanda ingatan dan penghargaan Sultan Ibrahim kepada rakyat yang menyambut perayaan itu.

“Tradisi ini mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap rakyat,” kata laman Facebook berkenaan hari ini.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, usaha meneruskan tradisi itu juga melambangkan hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat.

Menurutnya, ia selaras dengan semangat kekeluargaan yang sentiasa dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN