Minggu lalu apabila viral perlakuan seorang pelajar institut pengajian tinggi memijak al-Quran maka berbondong-bondonglah para netizen tampil melahirkan amarah masing-masing. Ya, siapa tidak marah apabila naskhah suci umat Islam diperlakukan demikian. Namun, di sebalik kemarahan yang membuak-buak ramai yang terperangkap dengan kejahilan dan kebodohan diri sendiri. Tidak salah untuk berasa marah dan sangat sakit hati dengan tindak-tanduk seperti itu kerana al-Quran adalah kalam Allah dan salah satu mukjizat yang masih kekal sehingga hari ini, malah diberi jaminan akan kekal hingga…














