fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa negeri hingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, antara daerah yang terjejas di Terengganu melibatkan (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang yang dijangka berlaku di Kuantan dan Pekan,” lapor MetMalaysia.

Sementara itu di Sarawak, kawasan yang terjejas adalah Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Selangau), Bintulu dan Miri (Subis)

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN