SEJAK menjejakkan kaki ke panggung hiburan yang penuh sandiwara, nama Amyra Rosli jarang terpalit dengan noda sensasi atau kontroversi mengaibkan diri. Menyelak semula kanvas seninya, tidak pernah sekali pun dia menghumbankan diri dalam kumbah gosip murahan, apatah lagi menjaja diri semata-mata untuk meraih populariti yang bersifat sementara. Bagi pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli itu, penggunaan media sosial yang meluas kini boleh menjadi platform toksik dan memakan diri sekiranya tidak dikendalikan sebaik mungkin. Kendatipun, bintang yang popular menerusi drama…














