fbpx
SEORANG lelaki diburu selepas berperlakuan tidak senonoh apabila dalam keadaan separuh bogel dan melakukan onani sambil memandang mangsa di dalam Masjid di Bukit Siput, Segamat.

Lelaki separuh bogel buat ‘hal’ dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seorang lelaki berperlakuan tidak senonoh apabila dalam keadaan separuh bogel dan melakukan onani sambil memandang wanita yang sedang melakukan solat dhuha di dalam masjid di Bukit Siput, di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, pihaknnya menerima aduan kira-kira pukul 6.29 petang daripada seorang wanita tempatan berumur lingkungan 40 tahun berkaitan kejadian perbuatan kelucahan melampau di dalam masjid berkenaan.

“Semasa kejadian pada pukul 11.15 pagi, mangsa sedang menunaikan solat duha dan telah datang seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel dan melakukan onani sambil memandang  mangsa.

“Bimbang akan keselamatan diri, mangsa bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Jumazanzahir berkata, hasil siasatan mendapati rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tempat kejadian berjaya merakam perbuatan suspek.

Tambah beliau, suspek disyaki seorang lelaki warga asing berumur lingkungan 30 tahun, berbadan kurus dan berkulit cerah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Segamat di talian hotline 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI