fbpx
Yusuf Bahrin menepis desas-desus mengatakan rumah tangga bersama penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana kini sedang dilanda badai.

‘Kami okey tiada masalah, biarlah orang nak buat spekulasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Yusuf Bahrin menepis desas-desus mengatakan rumah tangga bersama penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana kini sedang dilanda badai.

Menurut Yusof atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, dia sendiri tidak faham bagaimana spekulasi itu boleh wujud.

“Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okey (hubungan). Semua dalam keadaan yang baik, alhamdulillah.

“Saya pun tak faham kenapa spekulasi itu timbul, mungkin orang tak nampak kami kongsi gambar bersama dalam media sosial.

“Takkan kami nak kena ikut apa yang orang mahukan untuk kepuasan mereka. Saya okey, dia (Zizi) okey tak ada masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran iklan raya Bila Nak Kahwin? semalam.

Tambah pelakon filem The Lord Musang King itu lagi, dia dan isteri sepakat untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga mereka dalam media sosial untuk tatapan umum.

“Kami memang sengaja tidak berkongsi apa-apa di media sosial buat masa ini. Masing-masing fokus pada kerja. Saya lebih selesa begini.

“Awal-awal dulu bila timbul gosip macam ini kita terkejut juga tetapi lama-lama sudah terbiasa dan tidak menjadi masalah untuk saya. Biarlah orang nak buat spekulasi sendiri. Apa yang penting saya okey, tak perlu risau,” ujarnya.

Yusuf bagaimanapun memberitahu dia menghargai keprihatinan orang ramai yang sentiasa mengambil berat tentang kisah mereka.

“Saya tahu peminat mahukan yang terbaik untuk kami. Jadi sebab itu mereka ambil berat. Bagus juga begitu kerana kita juga perlukan doa mereka. Saya minta doakan yang baik-baik saja.

“Kalau orang nak buat spekulasi sendiri itu hak masing-masing. Tapi lebih baik kita doakan kesejahteraan semua orang. Saya perlukan doa kalian kerana kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan,” luahnya.

Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN