fbpx
Pedro dan Trump. AFP

Sepanyol sekali lagi kata ‘tidak kepada perang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Sepanyol sekali lagi mengulangi pendirian menolak penggunaan pangkalan tenteranya oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Iran.

Walaupun Presiden AS, Donald Trump, telah membuat ugutan tindakan perdagangan terhadap Sepanyol perkara itu tidak menjejaskan pendirian negara itu untuk menolak permintaan White House.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, melaungkan pendirian “tidak kepada perang” susulan serangan hujung minggu lalu oleh AS–Israel ke atas Iran yang mencetuskan konflik serantau.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt berkata, Madrid telah “bersetuju untuk bekerjasama dengan tentera AS”, tanpa memperincikan bentuk kerjasama tersebut.

Namun, Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, menyatakan dalam temuramah radio Cadena SER bahawa “pendirian kami mengenai penggunaan pangkalan, mengenai perang di Asia Barat, mengenai pengeboman Iran, tidak berubah sama sekali.”

Semalam, Trump menyifatkan Sepanyol sebagai sekutu “teruk” dan dia tidak ‘tidak gembira’ dan mengugut untuk memutuskan semua perdagangan dengan negara itu.

Sanchez mempertahankan pendiriannya dengan berkata, pendirian kerajaan negara itu boleh dirumuskan dalam empat perkataan iaitu ‘tidak kepada perang’.

“Kami tidak akan bersubahat dalam sesuatu yang memudaratkan dunia dan bertentangan dengan nilai serta kepentingan kami, semata-mata kerana takutkan tindak balas balas,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI