fbpx
Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini.

Pada 2 Disember lalu, Tengku Zafrul menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Beliau mengundurkan diri daripada jawatan itu selepas menamatkan tempoh maksimum enam tahun sebagai senator.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau memacu pelbagai strategi dan program yang menyokong transformasi industri pembuatan ke arah nilai tambah lebih tinggi, termasuk pertumbuhan semikonduktor, pelaburan hijau, digital dan amalan mampan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN