fbpx
Orang ramai meratapi kematian Khamenei di sebuah dataran di Tehran pada 1 Mac lalu. - AFP

Jenazah Ayatollah Ali Khamenei dikebumikan di Mashhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Jenazah pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei akan dikebumikan di kota Mashhad, kata agensi berita Fars semalam.

Khamenei yang memimpin negara itu selama 36 tahun, terbunuh pada usia 86 tahun semasa gelombang serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel Sabtu lalu.

Allahyarham berasal dari Mashhad yang merupakan bandar kedua terbesar Iran, tempat bapanya dikebumikan di makam Imam Reza.

“Sebelum pengebumian, satu upacara perpisahan besar akan diadakan di Tehran,” kata Pengawal Revolusi di akaun Telegram mereka.

Tiada tarikh pengebumian didedahkan.

Selepas kematian Khamenei, kuasa diamanahkan kepada majlis sementara yang terdiri daripada tiga orang, sehingga Dewan Pakar memilih penggantinya.

Ia termasuk presiden, ketua badan kehakiman dan seorang ahli undang-undang dari Majlis Penjaga, badan yang menyelia perundangan serta menyemak calon pilihan raya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI