fbpx

Teguran Nora dipersenda netizen, Nedim tampil ‘backup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tampil mempertahankan bekas isteri, usahawan Nedim Nazri berharap netizen berhenti mencari kesalahan Nora Danish yang menegurnya demi kebaikan.

Katanya, pelakon terbabit mengingatkan tentang ibadah serta rezeki, sekali gus berusaha ke arah menjadi insan lebih baik, bukan untuk dipersendakan.

“Betul lah bekas isteri saya balas tu. Jangan nak cari salah dia, dia sedang berubah menjadi lebih baik.

“Kalau dia mengingatkan saya, alhamdulillah dan kepada yang lain bagi lah jawapab kalian nak bagi.

“Jangan persendakan seseorang,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Perkongsian dibuat dipercayai berkaitan komen diberikan Nora terhadap hantaran Nedim sebelum ini mengenai perniagaan yang perlahan ketika Ramadan berbanding bulan lain.

Dalam maklum balas tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu menyatakan situasi sedemikian berlaku kerana
Allah meminta umat Islam memberikan lebih tumpuan terhadap ibadah.

Ada dalam kalangan netizen menepis saranan pemilik nama sebenar Nora Mohd. Danish Hanif itu agar membuang dunia dan fokus akhirat ketika bulan puasa.

Begitupun, terdapat sebilangan besar pengikut lain meminta kedua-dua mereka jangan mempedulikan kutukan tersebut.

Malah mereka turut memuji tindakan Nedim yang kental membela ibu kepada anaknya biarpun selepas tiada sebarang ikatan.

“Bagus lelaki macam ini. Pertahankan wanita walaupun bekas isteri dan masing-masing dah move on. Alhamdullilah,” ujar seorang pemerhati.

“Respek.Respect boss. Harap Nora tak stres dan dapat faham perangai mereka (netizen). Ramai artis diserang, pantang artis muat naik quote nasihat, mesti mereka panas,” kata pengguna Threads.

Terdahulu, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Selepas tujuh tahun melayari bahtera hidup bersama, pasangan itu bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 namun tetap menjalin persahabatan yang baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN