fbpx
Seorang warga asing dipercayai cuba terjun dari Stesen MRT Taman Midah, petang tadi. Foto FACEBOOK BBP JALAN HANG TUAH

‘Time orang nak balik kerja awak buat hal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Kemboja berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas dipercayai cuba terjun dari aras tinggi di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Midah, di sini hari ini.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada pukul 3.45 petang berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera dari BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi dengan bantuan BBP Bandar Tun Razak.

“Setibanya di lokasi, didapati benar seorang lelaki warganegara Kemboja berada di luar koridor lobi ruang pejalan kaki di aras tinggi stesen berkenaan.

“Pasukan bomba segera membuat penilaian situasi dan memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan sebelum menjalankan operasi menyelamat,” katanya, hari ini.

Mangsa kemudiannya berjaya dipujuk dan dibawa turun dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan selepas keadaan disahkan terkawal dan pasukan bomba bertolak balik ke balai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN