fbpx
Nur Balqis (kanan) memilih baju Kurta yang bersesuaian untuk keluarganya di pusat jualan Perusahaan Pakaian Korporat MR2 di Kawasan Perindustrian Taman Sri Kluang, Kluang semalam.

Jual kurta RM10 bantu pengguna berjimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Hanya dengan RM10 sehelai, orang ramai kini boleh mendapatkan baju kurta berkualiti bagi persiapan Aidilfitri hasil inisiatif sebuah syarikat pakaian korporat tempatan yang memanfaatkan lebihan kain tidak terpakai.

Langkah kreatif itu diambil oleh pemilik Perusahaan Pakaian Korporat MR2, Chee Sur Wing, 33, yang menggunakan baki kain tempahan pakaian korporat untuk menghasilkan kurta dan menjualnya pada harga jauh le­bih rendah daripada pasaran.

Menurutnya, inisiatif tersebut bukan sahaja membantu orang ramai berjimat menjelang le­baran, malah membuka peluang kepada individu berhati mulia membeli dan menyumbangkannya kepada golongan kurang berkemampuan.

“Kain lebihan ini masih berkualiti dan sayang untuk dibazirkan. Jadi kami hasilkan baju Melayu kurta dan jual pada harga RM10 sahaja supaya lebih ramai mampu beli.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu beli untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim atau golongan memerlukan agar mereka turut merasai kemeriahan Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di pusat jualan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Taman Sri Kluang, di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, jualan tersebut hanya dibuka kepada pembeli individu untuk kegunaan sendiri atau keluarga dan bukan untuk dijual semula oleh orang tengah.

Katanya, langkah itu bagi memastikan matlamat membantu golongan kurang bernasib baik tercapai tanpa unsur mengambil kesempatan.

Selain kurta, pihaknya turut menawarkan baju Melayu lengkap dan jubah pada harga lebih murah berbanding pasaran termasuk di bazar Ramadan.

Sementara itu, seorang pembeli, Nur Balqis Mohd. Sham, 26, berkata, peluang membeli kurta RM10 untuk keluarganya.

“Kurta ini sesuai dijadikan pakaian tambahan ketika hari raya nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN