fbpx
Rosmah.

Rayuan akhir Rosmah singkir Hakim kes solar ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini untuk menggugurkan Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah projek solar dihadapinya.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga yang diketuai Datuk Nordin Hassan yang bersidang bersama-sama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Azimah Omar.

Dalam prosiding sebelum ini, panel sama menolak permohonan pasukan peguam Rosmah untuk mengetepikan Hakim Nordin dan Hakim Che Ruzima daripada mendengar rayuan akhir itu.

Pada 17 September 2025, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazla (Kini Hakim Mahkamah Rayuan) daripada ters mendengar kes rasuah projek solar dihadapi wania itu selepas mendapati permohonan tersebut tiak mempunyai sebarang merit.

Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini telah memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan memerintahkan wanita itu dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta.

Sebelum keputusan tersebut diberikan, Rosmah telah memfailkan permohonan itu sama atas alasan beliau meragui integriti Hakim Mohamed Zaini ekoran insiden pembocoran dokumen penghakiman yang disiarkan oleh sebuah portal berita.

Laporan portal bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022′ dan ‘Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here‘ yang disiarkan pada 26 Ogos lalu, kemudian tular di media sosial.

Dalam afidavit sokongannya, Rosmah terkejut kerana alasan penghakiman kes projek solar itu telah siap dan disediakan oleh pihak ketiga, bukannya hakim berkenaan.

Hakim Mohamed Zaini sebelum menolak permohonan tersebut menyatakan, segala penghakiman dibuat sendiri olehnya selepas membuat kajian sendiri.

Ujar hakim itu, beliau telah menulis lebih 200 penghakiman dan penghakiman bocor itu bukanlah alasan penghakiman yang ditulisnya sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN