fbpx
Shazeli pada sidang akhbar di IPD Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF

Polis panggil Arun Dorasamy susulan isu Kuil Rawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor akan memanggil seorang lelaki dikenali Arun Dorasamy untuk dirakam keterangan susulan beberapa laporan diterima berhubung isu kuil di Rawang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini pihaknya menerima lapan laporan daripada pelbagai individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat Arun mengenai isu berkenaan.

“Kita sedang jalankan siasatan dan kes ini dirujuk sebagai ROR (refer other report), iaitu merujuk kepada laporan awal berkaitan isu kuil terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau menambah, polis turut menerima satu laporan daripada pengurusan kuil berhubung perobohan binaan haram di atas tanah milik penuh Yayasan Kubra.

Dalam perkembangan berlainan, Shazeli berkata, pihaknya masih menunggu arahan penasihat undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kertas siasatan dirujuk kepada mereka berhubung kes 12 anggota polis yang disiasat mencuri mata wang kripto warga China.

“Kita juga masih menunggu laporan forensik digital. Ia masih peringkat siasatan dan belum lengkap lagi.

“Mereka (12 anggota polis) direhatkan daripada tugas-tugas aktif di lapangan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN