fbpx
Perkongsian Achong Tan di Instagram, baru-baru ini.

[VIDEO] ‘Buat kaki kiriku, kita bersama setakat ini saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Terima kasih ya Allah atas pinjamanMu, jumpa lagi di syurga.”

Demikian luahan sebak seorang lelaki selepas terpaksa menjalani pembedahan amputasi kaki kirinya sehingga ke paras paha pada 25 Februari lalu akibat komplikasi kesihatan yang dialaminya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, pengguna Instagram, Achong Tan memaklumkan, sebelum ini kaki kirinya dipasang besi titanium aloi dari bahagian paha sehingga hampir ke buku lali susulan ketumbuhan tumor yang dihidapinya kira-kira dua tahun setengah lalu.

“Untuk sesiapa yang tidak tahu, kaki saya memang ada besi, titanium aloi dari kawasan paha hampir ke buku lali disebabkan tumor. Besi ini dah ada dalam dua tahun setengah. Besi kekal.

“Punca kenapa saya ambil pendekatan untuk potong disebabkan sebelum ini saya pernah kena jangkitan dan cuci. Selepas itu memang okey, tapi lama-kelamaan kaki saya sangat sakit dan tidak selesa sehingga tidak boleh berjalan, berat nak angkat kaki dan terpaksa menggunakan bantuan dua tongkat untuk beberapa bulan,” kongsinya.

Menurutnya, keputusan untuk menjalani amputasi bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia terpaksa dibuat demi mengelakkan kesakitan berpanjangan serta risiko jangkitan berulang.

Dalam perkongsian sama, lelaki itu turut menitipkan doa dan rasa syukur atas nikmat anggota badan yang pernah dipinjamkan kepadanya sepanjang hayat.

“Ya Allah, sesungguhnya nikmat kaki ini hanyalah pinjaman daripadaMu. Aku bersyukur atas setiap langkah yang Engkau izinkan, setiap kekuatan yang Engkau kurniakan.

“Bantulah aku agar sentiasa sabar, reda dan menggunakan nikmat ini untuk kebaikan dan ibadah kepadaMu,” tulisnya.

Malah, luahannya kepada kaki kirinya turut menyentuh hati ramai.

“Buat kaki kiri ku, terima kasih atas jasa mu sepanjang hidup. Maafkan aku kerana tidak menjaga mu sebaik semampu aku. Jodoh kita bersama takat di sini sahaja. Jumpa lagi kita di syurga ya,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya mendoakan agar lelaki berkenaan terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan selepas ini.

“Sentiasa semangat bang bersama isteri dan keluarga tersayang,” kata @fzlnntsya_.

“Hai Achong, semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya harap perkongsian ini boleh memotivasikan dan beri inspirasi kepada sesiapa di luar sana,” kata Raihan Izwan.

“Semoga terus kuat sahabatku,” komen Syakirmahdzir94. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN