fbpx
Masoud Pezeshkian - AFP

Presiden Iran terajui tempoh peralihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dan dua pegawai tertinggi lain akan memimpin negara itu dalam tempoh peralihan berikutan kematian pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, lapor stesen televisyen pemerintah hari ini.

Ketua badan kehakiman, Gholamhossein Mohseni Ejei dan seorang lagi pegawai dari majlis perundangan negara akan menjadi sebahagian daripada trio yang menyelia peralihan itu, kata laporan tersebut yang memetik salah seorang penasihat Khamenei, Mohammad Mokhber.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini, pemerintahan Iran mengesahkan kematian Khamenei dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel.

Ia juga mengisytiharkan 40 hari berkabung seluruh negara dan tujuh hari cuti umum.

“Jenayah besar ini tidak akan dibiarkan tanpa jawapan dan mereka yang berada di belakangnya akan menyesali tindakan mereka,” kata kenyataan itu seperti dipetik agensi berita Tasnim. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN