fbpx
TANGKAP layar memaparkan Allahyarham melemparkan senyuman manis selain sempat bergurau dengan Fadzli ketika dipakaikan apron di Raub pada 1 Ramadan lalu.

[VIDEO] ‘Wajahnya bersih, aku seperti sedang melihat ahli syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tragedi menyayat hati menimpa lima sekeluarga yang maut akibat kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub awal pagi Khamis lalu masih meninggalkan kesan kesedihan di hati masyarakat.

Rata-rata orang ramai yang mengenali keluarga tersebut meninggalkan komen selain mengakui mangsa-mangsa tersebut terutama ketua keluarga, Mohd. Allawi Mohammad, 57, adalah merupakan insan yang baik.

Kemesraan serta sikap ramah Allahyarham Mohd. Allawi turut dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menerusi sebuah video di Instagram.

Fadzli berkongsi video dia bertemu Allahyarham Mohd. Allawi atau lebih mesra disapa sebagai Awie di bazar Ramadan Pekan Dong, Raub pada 1 Ramadan lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, beliau sempat menghadiahkan Allahyarham sehelai apron dan sempat bergurau senda sesama mereka.

“Pertemuan terakhir bersama Allahyarham Awie di hari pertama Ramadan. Ampunilah dia serta maafkanlah kesalahannya,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Saya kenal arwah. Memang seorang yang sangat baik. Dia dulu banyak habiskan masa jaga ayahnya yang sakit strok. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujar @Farafilah_adawiyah.

“Wajahnya bersih, aku seperti sedang melihat ahli syurga,” kata @Ezmanjamali

Terdahulu, lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat.

Selain Mohd. Allawi, isterinya, Zaleha Ibrahim, 45 serta tiga anak mereka Ruby Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azian Barizah, 9, dilaporkan maut dalam kebakaran jam 3.45 pagi.-KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fadzli Mohamad Kamal (@fadzlikamal_)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN